Monday, January 27, 2014

Majlis Persaraan TN HJ HUSIN...Selamat Bersara Tuan....

Tanggal 5hb Januari 2014, maka berakhirlah tugas Tuan Haji Husin Bin Ibrahim sebagai penjawat awam. Guru Penolong Kanan HEM merupakan jawatan terakhir yang disandang oleh beliau. Dalam usia 60 tahun tuan haji berpencen dalam keadaan yang sihat dan ceria. Alhamdulilah, pada 24hb Januari, pihak sekolah dan PIBG sekolah telah meraikan majlis perpisahan untuk beliau di CASA Rasa Sayang di Jalan Persisir Pantai Telok Belanga, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah. Terima kasih kepada PIBG terutama kepada Datuk Dr.Ihsan Bin Osman kerana telah membiayai sebahagian dari kos majlis tersebut. Namun demikian dalam majlis tersebut En.Mohd Nor Asri telah mewakili YDP untuk menyampaikan ucapan. Dalam majlis tersebut Puan Rozita wakil PIBG telah memberi persembahan istimewa dengan menyanyikan lahu perpisahan khas dicipta oleh beliau. Wow! suara beliau macam penyanyi ROSSA. Terima kasih juaga diucapkan kepada staf kelab yang diterajui oleh Pn Zulita kerana telah memilih tempat ini untuk majlis tersebut.  Nyum, nyum....makanan di sini marvelous...terutamanya Italian Food.

 SEKITAR MAJLIS DI CASA RASA SAYANG





Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri

Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi
PN.ROZITA sedang mengalunkan suaranya


Wednesday, January 15, 2014

Sekitar Jamuan Akhir Tahun Kelab Staf 2013


           Pada 30hb Oktober 2013 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Dato’ Dol Said telah diadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelab Staf. Majlis ini diadakan di sekolah kerana kelab staf ingin membuat kelainan di mana jamuan makan dihidangkan dengan 2 ekor kambing golek yang di taja oleh PIBG sekolah SMKDDS.

           Bagi pihak kelab staf kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PIBG kerana telah menaja sebahagian dari perbelanjaan jamuan akhir tahun.















Sejambak Bunga Buat Mu Datuk


Pisang emas dibawa belayar,

                Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
                Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
                Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
                Budi baik dikenang juga.

Tenang-tenang air dilaut
                Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut tersebut,
                Budi yang baik rasa nak junjung.



.
                      Sempena Hari Jadi TYT Negeri Melaka, Yang di Pertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Dol Said telah mendapat pingat DPSM membawa kepada gelaran Datuk. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr.Hj Ihsan Bin Osman atas gelaran tersebut. Jasa beliau dalan pergerakan NGO di negeri Melaka ini sangat besar. Di samping sibuk menguruskan klinik sendiri bersama isteri tercinta Dr.Siti beliau aktif dalam membantu masyarakat setempat. Menjadi pengerusi PIBG kepada 3 buah sekolah di kawasan Masjid Tanah dan Alor Gajah. Di sekolah ini sahaja beliau telah menerajui PIBG sekolah ini selama 12 tahun walaupun anak beliau tidak lagi berada di sekolah ini.

Tiada kata dapat diungkapkan
Dalam mengenang jasamu tuan,
Anugerah Datuk nama gelaran,
Sejambak bunga tanda penghargaan


Sumbangan Kepada Keluarga Mendiang En.A.Jesudas



             Sempena perayaan Deepavali pada tahun 2013. Pihak pentadbir Sekolah Menengah Dato’ Dol Said dan PIBG sekolah ini telah mengambil kesempatan untuk menziarahi keluarga mendiang En. A.Raja Jesudas yang telah meninggal dunia pada pertengahan tahun 2013  kerana kemalangan jalan raya. Tuan Haji Raihan mewakili pihak sekolah dan En Vaitilinggam mewakili  pihak PIBG telah menyampaikan sumbangan sebagai penghargaan kepada mendiang yang telah menjadi Ahli Jawatankuasa PIBG 2012/2013.

             Kami berharap keluarga mendiang terutamanya isteri dan anak-anak beliau tabah menghadapi dugaan ini. Jasa beliau sebagai ahli jawatankuasa PIBG sekolah ini amat dihargai dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Friday, October 25, 2013

TAHNIAH! YDP PIBG KINI BERGELAR DATUK

Datuk Dr.Hj Ihsan Bin Osman dan isteri Datin Dr.Hjh Siti
Tanggal 24hb September 2013 merupakan hari yang bersejarah bagi Yang Di Pertua PIBG SMK Dato' Dol Said kerana telah dikurniakan pingat DPSM oleh TYT Yang diPertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil bin Yaakob bersempena hari jadi TYT yang jatuh pada 11 hb Oktober 2013. Tahniah ! kami warga SMK Dato Dol Said mengucapkan tahniah yang tidak terhingga kepada beliau atas pengurniaan bintang tersebut. Sumbangan beliau kepada sekolah ini tidak dapat disangkal lagi. Setelah 13 tahun menerajui PIBG sekolah ini, sehingga kini walaupun anak beliau telah lama meninggalkan sekolah ini namun sumbangan beliau dari segi idea, tenaga dan kewangan sentiasa diberikan kepada pembangunan sekolah ini. Terima kasih Datuk Dr.Hj Ihsan. Kami doakan Datuk sekeluarga sentiasa dirahmati Allah. Amin...

Thursday, October 24, 2013

SEKITAR HI-TEA PADA 7 SEPTEMBER 2013







Kedatangan tetamu kehormat, Tn Hj. Md. Rawi bin Mahmud Adun Tanjung Bidara


Datuk Md.Noor ikon Sekolah....bekas pelajr sekolah ini yang telah berjaya dalam
 dunia perniagaan bersama dengan Tn Hj.Sehat, Ajk PIBG yang sangat aktif .

Penyanyi jemputan yang menyanyikan lagu hindustan dari filem MANN.
 Aduhai! sungguh menyentuh perasaan macam di Bollywood






Wednesday, October 23, 2013

WOW !!!...Hi-Tea berjaya mengumpul bersih RM 69,158.00

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PROGRAM HI-TEA. JUMLAH DI ATAS TU MUNGKIN AKAN BERTAMBAH LAGI NANTI APABILA KERAJAAN NEGERI MENYUMBANG KELAK SEPERTI YANG DIJANJIKAN. BEGITU JUGA YDP. PIBG AKAN MENAMBAH PUNGUTAN WANG SEBANYAK RM 50000 .

 Aduhai...teringat saya akan lagu "Kalau aku kaya, hari-hari hari raya........"

Banyak aktiviti PIBG dalam  memberi sokongan kepada program sekolah. Tentulah sumbangan yang paling penting dalam sebuah organisasi sekolah iaitu KEWANGAN. Tanpa kewangan yang kukuh banyak program sekolah tidak dapat di jalankan. Jika hanya mengharapkan wang dari kerajaan, nampaknya program hanya tinggal atas kertas sahaja. Oleh itu ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan sarana ibu bapa untuk pembangunan dan kecemerlangan sekolah. InsaAllah.....

Untuk Tahun 2013 .sehingga bulan September, PIBG telah banyak  memberi sumbangan kewangan kepada program sekolah dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum dan juga Hal Ehwal Murid. Selain dari itu sumbangan PIBG dalam membekalkan Desktop dan printer untuk pengurusan sekolah banyak membantu dan melicinkan kerja-kerja perkeranian yang melibatkan online system.

Kesimpulannya wahai ibu bapa semua, rajin-rajin la membayar sumbangan wang PIBG. Satu keluarga RM40.00. Sumbangan ini pun ada ibu bapa yang buat tak tau tak nak bayar... sedangkan beli top up untuk telefon, hari-hari beli. Kalau lah ada lebih, ringankan tangan untuk menghulur ke sekolah.  Jadi fikirkan... memberi sumbangan anggaplah seperti memberi sedekah. Aktiviti mengumpul dana perlu disokong oleh semua warga sekolah dan ibu bapa. Semoga dengan keiklasan yang diberikan, ganjaran pahala kita dapat......