Datuk Dr.Hj Ihsan Bin Osman dan isteri Datin Dr.Hjh Siti |
Tanggal 24hb September 2013 merupakan hari yang bersejarah bagi Yang Di Pertua PIBG SMK Dato' Dol Said kerana telah dikurniakan pingat DPSM oleh TYT Yang diPertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil bin Yaakob bersempena hari jadi TYT yang jatuh pada 11 hb Oktober 2013. Tahniah ! kami warga SMK Dato Dol Said mengucapkan tahniah yang tidak terhingga kepada beliau atas pengurniaan bintang tersebut. Sumbangan beliau kepada sekolah ini tidak dapat disangkal lagi. Setelah 13 tahun menerajui PIBG sekolah ini, sehingga kini walaupun anak beliau telah lama meninggalkan sekolah ini namun sumbangan beliau dari segi idea, tenaga dan kewangan sentiasa diberikan kepada pembangunan sekolah ini. Terima kasih Datuk Dr.Hj Ihsan. Kami doakan Datuk sekeluarga sentiasa dirahmati Allah. Amin...
No comments:
Post a Comment