TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PROGRAM HI-TEA. JUMLAH DI ATAS TU MUNGKIN AKAN BERTAMBAH LAGI NANTI APABILA KERAJAAN NEGERI MENYUMBANG KELAK SEPERTI YANG DIJANJIKAN. BEGITU JUGA YDP. PIBG AKAN MENAMBAH PUNGUTAN WANG SEBANYAK RM 50000 .
Banyak aktiviti PIBG dalam memberi sokongan kepada program sekolah. Tentulah sumbangan yang paling penting dalam sebuah organisasi sekolah iaitu KEWANGAN. Tanpa kewangan yang kukuh banyak program sekolah tidak dapat di jalankan. Jika hanya mengharapkan wang dari kerajaan, nampaknya program hanya tinggal atas kertas sahaja. Oleh itu ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan sarana ibu bapa untuk pembangunan dan kecemerlangan sekolah. InsaAllah.....
Untuk Tahun 2013 .sehingga bulan September, PIBG telah banyak memberi sumbangan kewangan kepada program sekolah dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum dan juga Hal Ehwal Murid. Selain dari itu sumbangan PIBG dalam membekalkan Desktop dan printer untuk pengurusan sekolah banyak membantu dan melicinkan kerja-kerja perkeranian yang melibatkan online system.
Kesimpulannya wahai ibu bapa semua, rajin-rajin la membayar sumbangan wang PIBG. Satu keluarga RM40.00. Sumbangan ini pun ada ibu bapa yang buat tak tau tak nak bayar... sedangkan beli top up untuk telefon, hari-hari beli. Kalau lah ada lebih, ringankan tangan untuk menghulur ke sekolah. Jadi fikirkan... memberi sumbangan anggaplah seperti memberi sedekah. Aktiviti mengumpul dana perlu disokong oleh semua warga sekolah dan ibu bapa. Semoga dengan keiklasan yang diberikan, ganjaran pahala kita dapat......
No comments:
Post a Comment