Salah seorang bapa kepada murid sekolah ini iaitu En Visvanathan orang yang rapat kepada Datuk Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi. En Visvanathan telah datang untuk berbincang dengan pengetua bagi membuat kertas kerja untuk program bersama MOSTI (Ministry of Science Technology and Inovation) untuk projek Hari Kokurikulum dan Inovasi. Program tersebut dijangkakan akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2014.
Beberapa perkara telah dibincangkan dan beliau sedia akan menolong pihak sekolah untuk menerangkan kertas kerja tersebut dalam pertemuan beliau nanti bersama-sama dengan Datuk Abu Bakar. Selain itu 2 kertas kerja lain iaitu cadangan membuat tapak perhimpunan dan pembesaran surau juga akan diserahkan untuk tindakan selanjutnya.
Ini merupakan salah satu cara bagi menggerakkan ibu bapa membantu sekolah dalam pelbagai aspek. Harapan sekolah lebih ramai lagi ibu bapa akan terlibat bersama sekolah untuk kecemerlangan anak-anak di sekolah Dato' Dol Said.
Dari kiri, Tn.Hj Raihan (GPK Kokurikulum, En.Huzaimi Setiausaha Koku, En Visvanathan dan Pn.Pengetua |
No comments:
Post a Comment