Sempena perayaan Deepavali pada tahun 2013.
Pihak pentadbir Sekolah Menengah Dato’ Dol Said dan PIBG sekolah ini telah
mengambil kesempatan untuk menziarahi keluarga mendiang En. A.Raja Jesudas yang
telah meninggal dunia pada pertengahan tahun 2013 kerana kemalangan jalan raya.
Tuan Haji Raihan mewakili pihak sekolah dan En Vaitilinggam mewakili pihak PIBG telah menyampaikan sumbangan
sebagai penghargaan kepada mendiang yang telah menjadi Ahli Jawatankuasa PIBG
2012/2013.
Kami berharap keluarga mendiang terutamanya
isteri dan anak-anak beliau tabah menghadapi dugaan ini. Jasa beliau sebagai
ahli jawatankuasa PIBG sekolah ini amat dihargai dan diucapkan berbanyak-banyak
terima kasih.
No comments:
Post a Comment