Tanggal 5hb Januari 2014, maka berakhirlah tugas Tuan Haji Husin Bin Ibrahim sebagai penjawat awam. Guru Penolong Kanan HEM merupakan jawatan terakhir yang disandang oleh beliau. Dalam usia 60 tahun tuan haji berpencen dalam keadaan yang sihat dan ceria. Alhamdulilah, pada 24hb Januari, pihak sekolah dan PIBG sekolah telah meraikan majlis perpisahan untuk beliau di CASA Rasa Sayang di Jalan Persisir Pantai Telok Belanga, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah. Terima kasih kepada PIBG terutama kepada Datuk Dr.Ihsan Bin Osman kerana telah membiayai sebahagian dari kos majlis tersebut. Namun demikian dalam majlis tersebut En.Mohd Nor Asri telah mewakili YDP untuk menyampaikan ucapan. Dalam majlis tersebut Puan Rozita wakil PIBG telah memberi persembahan istimewa dengan menyanyikan lahu perpisahan khas dicipta oleh beliau. Wow! suara beliau macam penyanyi ROSSA. Terima kasih juaga diucapkan kepada staf kelab yang diterajui oleh Pn Zulita kerana telah memilih tempat ini untuk majlis tersebut. Nyum, nyum....makanan di sini marvelous...terutamanya Italian Food.
SEKITAR MAJLIS DI CASA RASA SAYANG
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri
Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi
PN.ROZITA sedang mengalunkan suaranya |
No comments:
Post a Comment