Tarikh: 8hb Februaru 2014
Jam: 9.00pagi
Hari : Sabtu
Tempat: Dewan Sekolah
Perjumpaan ini bertujuan untuk menerangkan kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak di Tingkatan 4 dan 5 tentang rasionalnya kelas Bahasa Tamil diadakan pada waktu persekolahan. Kelas ini akan dokendalikan sepenuhnya oleh guru di sekolah ini iaitu Pn. Manimekalai. Beliau berpengalaman mengajar Bahasa Tamil selama 20 tahun. Keputusa SPM pada tahun 2011 di mana Pn Manimekalai mengajar menunjukkan peningkatan dari segi Gred Purata Mata Pelajaran berbanding pada tahun 2012 mata pelajaran ini diajar oleh guru luar (POL). Ini membuktikan bahawa Pn.Manimekalai berupaya melonjakkan kecemerlangan dalam subjek ini. Keputusan peperiksaan PMR untuk Bahasa Tamil juga mendapat 100% kejayaan. Pihak sekolah sememangnya memandang tinggi terhadap usaha yang telah dilakukan oleh Panitia Bahasa Tamil. Oleh itu pada tahun 2014 pihak pentadbir mengambil keputusan untuk mengadakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil di dalam kelas dengan mengambil kira faktor di atas. Kami mengharapkan semua ibu bapa dapat memberi sokongan dan kepercayaan kepada sekolah bagi membentuk anak-anak untuk mendapat kecemerlangan dalam akademik.
Pertemuan ini juga diisi dengan ceramah motivasi dari Pengetua cemerlang SMK Selandar iaitu En.Saiman a/l K.G Anthony. Dua orang ahli jawatankuasa PIBG iaitu En.Vaitilinggam dan En.Selvaraj turut serta dalam sesi ini. Namun kami agak terkilan kerana kehadiran ibu bapa dalam program ini tidak mencapai sasaran yang sepatutnya. Hanya 14 ibu bapa yang hadir dari 36 murid India tingkatan 4 dan 5. Kami mengharapkan pada masa akan datang program ini dapat dihadiri oleh ramai lagi ibu bapa supaya ibu bapa mendapat input-input terkini dalam pendidikan, seterusnya dapat membantu dan menyokong anak-anak dalam menuju kejayaan dalam akademik.
Pn.Norsiah Masdar guru Penolong Kanan Pentadbiran sedang memberi ucapan. |
Ibu bapa yang mengikuti program. |
En.Selvaraj , En.Vatilinggam dan En.A.Saimansedang mendengar ucapan |
En.A.Saiman sedang memberi motivasi |
No comments:
Post a Comment