Ucapan Yang Dipertua PIBG - Datuk Dr.Hj. Ihsan Bin Osman
Beliau memulakan ucapannya dengan memberi salam kepada tuan pengetua, guru-guru dan pelajar- pelajar sekalian.Beliau meminta para pelajar SMKDDS menghormati adab perhimpunan rasmi ini.Menurut beliau, pelajar-pelajar SMKDDS perlu bersemangat untuk belajar.Beliau percaya para pelajar SMKDDS boleh berjaya dalam semua aspek. Pada masa tersebut, beliau juga menasihati para pelajar supaya berwaspada dengan serangan 'heat stroke'. 'heat stroke' bermaksud paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius.
Untuk pengetahuan, suhu normal badan sebenar kira-kira 37.0 darjah celcius. Tambahan lagi, beliau menyatakan serangan 'heat stroke' ini berlaku kepada mereka yang kurang minum air dan dehidrasi badan (kekurangan air di dalam badan) serta berkawat pada tengah-tengah cuaca panas. Dengan itu, beliau menasihati para pelajar supaya minum air dalam kuantiti yang banyak. Sehubungan itu, beliau juga menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada pelajar yang terkena strok haba iaitu mencurahkan air pada kepala dan keseluruhan badan mangsa.
Selain itu, beliau meminta pelajar -pelajar perempuan perlu berhati-hati dengan orang luar yang mengambil kesempatan dan menyebabkan ramai pelajar-pelajar perempuan terjebak dalam gejala-gejala sosial.
Tambahan lagi, beliau melarang pelajar lelaki dan perempuan berdua-duaan di dalam kelas dan kawasan yang sunyi. Seterusnya, beliau berkata setiap perhimpunan rasmi akan diadakan ceramah motivasi daripada AJK PIBG selama 10 hingga 15 minit.Beliau mengakhiri ucapannya dengan memuji disiplin pelajar SMKDDS adalah terbaik di sekitar kawasan Alor Gajah.
No comments:
Post a Comment