Tuesday, January 28, 2014

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)

               Salah seorang bapa kepada murid sekolah ini iaitu En Visvanathan  orang yang rapat kepada Datuk Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi. En Visvanathan telah datang untuk berbincang dengan pengetua bagi membuat kertas kerja untuk program bersama MOSTI  (Ministry of Science Technology and Inovation)   untuk projek Hari Kokurikulum dan Inovasi. Program tersebut dijangkakan akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2014.
                Beberapa perkara telah dibincangkan dan beliau sedia akan menolong pihak sekolah untuk menerangkan kertas kerja tersebut dalam pertemuan beliau nanti bersama-sama dengan Datuk Abu Bakar. Selain itu 2 kertas kerja lain iaitu cadangan membuat tapak perhimpunan dan pembesaran surau juga akan diserahkan untuk tindakan selanjutnya.
                 Ini merupakan salah satu cara bagi menggerakkan ibu bapa membantu sekolah dalam pelbagai aspek. Harapan sekolah lebih ramai lagi ibu bapa akan terlibat bersama sekolah untuk kecemerlangan anak-anak di sekolah Dato' Dol Said.




Dari kiri, Tn.Hj Raihan (GPK Kokurikulum, En.Huzaimi Setiausaha Koku, En Visvanathan dan Pn.Pengetua

Monday, January 27, 2014

Sambutan Maulidur Rasul - sangat awesome dan meriah

Awesome...itulah yang dikatakan tentang sambutan Maulidur Rasul pada 23hb Januari 2014 di sekolah ini. Ini adalah kerana kehadiran Ustad Fakrul Pencetus Ummah memberikan ceramah tentang kehebatan Rasululah SAW. Bayangkan lebih 1000 orang murid telah memenuhi Dewan Terbuka SMKDDS. Sambutan yang diberi amat luar biasa. Ramai murid terpegun akan kelincahan dan kepetahan ustad berbicara. Guru-guru serta YDP PIBG tidak ketinggalan mengikuti ceramah ini. Semua tidak berganjak mendengar....Kalaulah anak-anak kita menjadi seperti ustad Fakrul. Aduh! sejuk perut saya....Namun demikian, harapan kami dengan kehadiran ustad akan menjadi pencetus kepada semua murid tentang kebesaran Rasululah SAW.

Biodata Profil Fakhrul (PU Fakhrul Pencetus Ummah)


Nama Penuh: FAKHRUL ISLAM B. MD ZARIN
Umur : 24 tahun
Asal: Kandang, Melaka
Status : Bujang
Pendidikan : Ijazah UPSI (Pendidikan Islam)
Pekerjaan : Motivator
Profile : Mempunyai kebolehan meniru suara ustaz
Inspirasi : Ustaz Akil Hayy, Ustaz Haslin
Perwatakan : Berkeperibadian menarik & pandai menyanyi.


Ustad Wan Anuar begitu teruja menjadi juru acara majlis.

Pengetua cemerlang SMKDDS Pn.Hjh Khalijah, Ustad Fakrul dan Datuk Dr. Hj. Ihsan Bin Osman

Lebih kurang 1000 murid mendengar ceramah Ustad



Kami mengambil peluang bergambar dengan ustad Fakrul


Pentadbir, guru dan Datuk Dr.Ihsan mengambil peluang bergambar bersama Ustad Fakrul



Majlis Persaraan TN HJ HUSIN...Selamat Bersara Tuan....

Tanggal 5hb Januari 2014, maka berakhirlah tugas Tuan Haji Husin Bin Ibrahim sebagai penjawat awam. Guru Penolong Kanan HEM merupakan jawatan terakhir yang disandang oleh beliau. Dalam usia 60 tahun tuan haji berpencen dalam keadaan yang sihat dan ceria. Alhamdulilah, pada 24hb Januari, pihak sekolah dan PIBG sekolah telah meraikan majlis perpisahan untuk beliau di CASA Rasa Sayang di Jalan Persisir Pantai Telok Belanga, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah. Terima kasih kepada PIBG terutama kepada Datuk Dr.Ihsan Bin Osman kerana telah membiayai sebahagian dari kos majlis tersebut. Namun demikian dalam majlis tersebut En.Mohd Nor Asri telah mewakili YDP untuk menyampaikan ucapan. Dalam majlis tersebut Puan Rozita wakil PIBG telah memberi persembahan istimewa dengan menyanyikan lahu perpisahan khas dicipta oleh beliau. Wow! suara beliau macam penyanyi ROSSA. Terima kasih juaga diucapkan kepada staf kelab yang diterajui oleh Pn Zulita kerana telah memilih tempat ini untuk majlis tersebut.  Nyum, nyum....makanan di sini marvelous...terutamanya Italian Food.

 SEKITAR MAJLIS DI CASA RASA SAYANG





Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri

Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi?

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi
PN.ROZITA sedang mengalunkan suaranya


Wednesday, January 15, 2014

Sekitar Jamuan Akhir Tahun Kelab Staf 2013


           Pada 30hb Oktober 2013 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Dato’ Dol Said telah diadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelab Staf. Majlis ini diadakan di sekolah kerana kelab staf ingin membuat kelainan di mana jamuan makan dihidangkan dengan 2 ekor kambing golek yang di taja oleh PIBG sekolah SMKDDS.

           Bagi pihak kelab staf kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PIBG kerana telah menaja sebahagian dari perbelanjaan jamuan akhir tahun.















Sejambak Bunga Buat Mu Datuk


Pisang emas dibawa belayar,

                Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
                Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
                Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
                Budi baik dikenang juga.

Tenang-tenang air dilaut
                Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut tersebut,
                Budi yang baik rasa nak junjung.



.
                      Sempena Hari Jadi TYT Negeri Melaka, Yang di Pertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Dol Said telah mendapat pingat DPSM membawa kepada gelaran Datuk. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr.Hj Ihsan Bin Osman atas gelaran tersebut. Jasa beliau dalan pergerakan NGO di negeri Melaka ini sangat besar. Di samping sibuk menguruskan klinik sendiri bersama isteri tercinta Dr.Siti beliau aktif dalam membantu masyarakat setempat. Menjadi pengerusi PIBG kepada 3 buah sekolah di kawasan Masjid Tanah dan Alor Gajah. Di sekolah ini sahaja beliau telah menerajui PIBG sekolah ini selama 12 tahun walaupun anak beliau tidak lagi berada di sekolah ini.

Tiada kata dapat diungkapkan
Dalam mengenang jasamu tuan,
Anugerah Datuk nama gelaran,
Sejambak bunga tanda penghargaan


Sumbangan Kepada Keluarga Mendiang En.A.Jesudas



             Sempena perayaan Deepavali pada tahun 2013. Pihak pentadbir Sekolah Menengah Dato’ Dol Said dan PIBG sekolah ini telah mengambil kesempatan untuk menziarahi keluarga mendiang En. A.Raja Jesudas yang telah meninggal dunia pada pertengahan tahun 2013  kerana kemalangan jalan raya. Tuan Haji Raihan mewakili pihak sekolah dan En Vaitilinggam mewakili  pihak PIBG telah menyampaikan sumbangan sebagai penghargaan kepada mendiang yang telah menjadi Ahli Jawatankuasa PIBG 2012/2013.

             Kami berharap keluarga mendiang terutamanya isteri dan anak-anak beliau tabah menghadapi dugaan ini. Jasa beliau sebagai ahli jawatankuasa PIBG sekolah ini amat dihargai dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.