Saturday, March 15, 2014

Bengkel LDP: Pengintergrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran VLE FROG

 

Bengkel LDP yang bertajuk Pengintergrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran (VLE FROG) yang telah diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh         : 15 Mac 2014
Masa           : 8.30 pagi
Tempat       : Dewan SMKDDS

Bengkel tersebut bertujuan meningkatkan kemahiran guru dalam ICT dengan menggunakan VLE FROG dalam pengajaran dan pembelajaran harian. Tambahan lagi, bengkel LDP ini memberi guru pemdedahan mengenai sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran yang ada dalam VLE FROG. Selain itu, guru-guru dapat menghasilkan bahan tugasan dan kuiz kepada pelajar.











" Debate Competition" di SMK Dato' Dol Said, Alor Gajah, Melaka


kami bagi pihak SMKDDS ingin memaklumkan bahawa sebuah Pertandingan bahas dalam Bahasa Inggeris akan  diadakan sempena program MBMMBI untuk bulan Mac pada ketetapan berikut:

                          Tarikh             :  19 Mac 2014 ( Rabu)
                          Masa               :   2.45 Petang
                          Tempat            :   Pusat Sumber SMKDDS                                    
                                
Hakim yang dilantik bagi Pertandingan tersebut ialah Pn. Norsiah Binti Masdar, Pn. Seri Dewi Binti Nathan dan Pn. Manimekalai A/P K.S Rajan. Program ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris dan bersama-sama dengan guru-guru Bahasa Inggeris di SMKDDS.

Friday, March 14, 2014

MAJLIS JASAMU DIKENANG DAN UCAP TANIAH BUAT PUAN HAJAH ROSNI BINTI MAHADI


MAJLIS JASAMU DIKENANG
TEMPAT: KING ' S HOTEL, MELAKA
TARIKH: 13 MAC 2014 (KHAMIS)








PENGAGIHAN BB1M PRA-U 2014


TARIKH: 12 MAC 2014
MASA: 8.30 PAGI
TEMPAT: PUSAT SUMBER SMKDDS

TETAMU KEHORMAT
YB DATO HAJAH NORPIPAH BINTI ABDOL
(ADUN REMBIA)

TURUT HADIR
EN. MOHD ZULHIJRI BIN SABTU
KETUA UNIT HEM JPN MELAKA










"Doa dan Harapan" For MH370





Berita MH370 Ghaib di Angkasa. Insiden Kehilangan Pesawat Malaysia Airlines B777 merupakan Misteri Tragedi Udara yang menimbulkan Keresahan dan Kesedihan 1 Malaysia. Hentikan Rumor MH370. Berita palsu tidak berasas. kerana Usaha Menyelamat dan Misi Mencari Pesawat MAS MH370 dilakukan dalam berbagai cara. Kami Warga SMK Dato Dol Said bersama Persatuan Ibu Bapa Dan Guru bersama mendoakan semoga ahli keluarga penumpang  & krew tabah menghadapi waktu yang amat sukar ini. 

Oleh yang demikian kami Warga SMK Dato Dol Said dengan sokongan penuh oleh Puan Pengetua Pn. Hajah Khalijah Binti Abdul Rahman, GPK 1 Pn. Norsiah Binti Masdar dengan kerjasama Unit Agama SMK Dato Dol Said telah melakukan Solat Sunat Hajat untuk MH 370 pada 14 Mac 2014 di dataran sekolah.


SOLAT SUNAT HAJAT DAN SOLAT SUNAT ISTISQA DI SMK DATO DOL SAID

Majlis Solat Sunat Hajat untuk MH 370 dan Solat Sunat Istisqa bersama warga 

SMK Dato Dol Said
&
YDP PIBG Datuk Dr.Hj. Ihsan Bin Osman


Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkanpertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.
FADHILAT SOLAT HAJAT
  1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
  2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
  3. Permohonan dimakbulkan Allah SWT.
Solat Sunat Istisqa ((Bahasa Arabصلاة الإستسقاء‎); Solat Minta Hujan) adalah solat sunat dua rakaat yang dikerjakan untuk memohon hujan. Secara harfiah, "istisqa'" bermaksud meminta siraman air.Tiga hari sebelum solat istisqa' segenap penduduk diwajarkan berpuasa dan meninggalkan segala kezaliman serta dianjurkan beramal soleh.Pada hari keempat semua penduduk termasuk yang lemah akan pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk solat istisqa'.
Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Istisqa’.

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Istiqa’
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)    Takbir Tujuh kali dan diselangi membaca zikir seperti 
  سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
“Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak enam kali
5)      Membaca surah al-Fatihah
6)      Membaca Surah al-Qur’an
7)      Rukuk
8)      Iktidal
9)      Sujud
10)    Duduk antara dua sujud
11)    Sujud kali kedua
12)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)   Takbir Lima kali dan diselangi membaca zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak empat kali
2)      Membaca surah al-Fatihah
3)      Membaca Surah al-Qur’an
4)      Rukuk
5)      Iktidal
6)      Sujud
7)      Duduk antara dua sujud
8)      Sujud kali kedua
9)      Duduk untuk tahiyyat akhir
10)    Memberi salam ke kanan dan ke kiri



Seawal 7.10 pagi para pentadbir, guru-guru serta pelajar telah mula berkumpul di dataran sekolah bagi bersama-sama menjayakan program Solat Sunat hajat dan Solat Sunat Istisqa yang diajurkan oleh Unit Pendidikan Islam Sekolah SMK Dato Dol Said. 

Kelihatan pelajar SMK dato Dol Said tekun mendengar takzirah yang di sampaikan oleh Ustaz Wan. Tepat pada pukul 7.45 pagi, Solat Sunat Hajat bermula dan di imankan oleh Cikgu Zairol bagi Solat Sunat Istisqa pula telah di imankan oleh Ustaz Wan. 




Wednesday, March 12, 2014

PERHIMPUNAN PAGI ISNIN YANG INDAH 10 MAC 2014 BERSAMA PENGERUSI PIBG SMK DATO DOL SAID




Ucapan Yang Dipertua PIBG - Datuk Dr.Hj. Ihsan Bin Osman


Beliau memulakan ucapannya dengan memberi salam kepada tuan pengetua, guru-guru dan pelajar- pelajar sekalian.Beliau meminta para pelajar SMKDDS menghormati  adab perhimpunan rasmi ini.Menurut beliau, pelajar-pelajar SMKDDS perlu bersemangat untuk belajar.Beliau percaya para pelajar SMKDDS boleh berjaya dalam semua aspek. Pada masa tersebut, beliau juga menasihati para pelajar supaya berwaspada dengan serangan 'heat stroke'. 'heat stroke' bermaksud paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. 
Untuk pengetahuan, suhu normal badan sebenar kira-kira 37.0 darjah celcius. Tambahan lagi, beliau menyatakan serangan 'heat stroke' ini berlaku kepada mereka yang kurang minum air dan dehidrasi badan (kekurangan air di dalam badan) serta berkawat pada tengah-tengah cuaca panas. Dengan itu, beliau menasihati para pelajar supaya minum  air dalam kuantiti yang banyak. Sehubungan itu, beliau juga menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada pelajar yang terkena strok haba  iaitu mencurahkan air pada kepala dan keseluruhan badan mangsa. 
Selain itu, beliau meminta pelajar -pelajar perempuan perlu berhati-hati dengan orang luar yang mengambil kesempatan dan menyebabkan ramai pelajar-pelajar perempuan terjebak dalam gejala-gejala sosial. 
Tambahan lagi, beliau melarang pelajar lelaki dan perempuan berdua-duaan di dalam kelas dan kawasan yang sunyi. Seterusnya, beliau berkata setiap perhimpunan rasmi akan diadakan ceramah motivasi daripada AJK PIBG selama 10 hingga 15 minit.Beliau mengakhiri ucapannya dengan memuji disiplin pelajar SMKDDS adalah terbaik  di sekitar kawasan Alor Gajah.