Sunday, February 9, 2014

IKON USAHAWAN - Datuk Zulkefli Bin Hj Md Isa



IKON USAHAWAN
Datuk Zulkefli Bin Hj Md Isa
PENGERUSI EKSEKUTIF 
AL JANNAH GLOBAL MARKETING SDN BHD

Tarikh lahir : 

09 Februari 1964
Alumni : 
1977 – 1981
Tempat lahir : 
Kampung Lendu, Melaka
Kepimpinan : 
Ketua Pelajar SMK DATO DOL SAID(1981)
Kelayakan  Akademik :
Jurusan Pengurusan Perniagaan, UITM Lendu (1982)
Pengalaman Kerjaya: 
Menjawat jawatan sebagai Pegawai Kanan Polis dan telah  terpilih menjadi Pengiring Rapat Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Johor. (1991)
Bidang Perniagaan Yang Diceburi : 
Menubuhkan Syarikat Al Jannah Mahkota Dewa SDN BHD. (2008)

IKON KERJAYA - N.S.Krishna


IKON KERJAYA
N.S.Krishna
MANAGING DIRECTOR, SG ENTERTAINMENT (M) SDN BHD

Date of Birth : 
29 June 1973
 Years in Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Dol Said: 
1986 – 1992
Place of Birth: 
Malacca
Leadership :
Head Prefect SMK DATO DOL SAID (1992)
Education :
History Graduate, UKM (1993 – 1997)
Work Experience :
• A creative producer and director in Malaysian Television Industry – RTM, ASTRO, MiTV and CELLCAST ASIA.
• Has  been involved in various creations  of film entertainment, digital television programming, home entertainment, interactive media, advertising, music and distribution of content.
• Inspired to into create quality animation series.
• Co-producing animation series with Thailand and a feature animation with a Finland company while co-producing an Islamic epic based telenovela with Turkey’s largest studio.
He strongly follows and believes in the SMK DATO’  DOL SAID  slogan “HIDUP MESTI BERJUANG”

Saturday, February 8, 2014

IKON KEPIMPINAN - Dato Mohd Nor Bin Atan


IKON KEPIMPINAN
Dato Mohd Nor Bin Atan
SETIAUSAHA BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KESELAMATAN, JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN,  
KEMENTERIAN LUAR NEGERI.

Tarikh lahir : 
25 Disember 1954
1967 - 1969
Tempat lahir: 
Melaka
Persekolahan :
SMK DATO DOL SAID (1967 – 1969)
Kelayakan Akademik :
B.A. (HONS) Universiti Malaya (Hubungan Antarabangsa)
Pengalaman Kerjaya :
Dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan ditempatkan di Kementerian Luar Negeri sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Protokol.
Duta Besar Malaysia. 
Setiausaha Bahagian Pentadbiran Dan Keselamatan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Kementerian Luar Negeri.

PERJUMPAAN DENGAN IBU BAPA MURID INDIA TINGKATAN 4 & 5

Tarikh:    8hb Februaru 2014
Jam:        9.00pagi
Hari :      Sabtu
Tempat:  Dewan Sekolah

     Perjumpaan ini bertujuan untuk menerangkan kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak di Tingkatan 4 dan 5 tentang rasionalnya kelas Bahasa Tamil diadakan pada waktu persekolahan. Kelas ini akan dokendalikan sepenuhnya oleh guru di sekolah ini iaitu Pn. Manimekalai. Beliau berpengalaman mengajar Bahasa Tamil selama 20 tahun. Keputusa SPM pada tahun 2011 di mana Pn Manimekalai mengajar menunjukkan peningkatan dari segi Gred Purata Mata Pelajaran berbanding pada tahun 2012 mata pelajaran ini diajar oleh guru luar (POL). Ini membuktikan bahawa Pn.Manimekalai berupaya melonjakkan kecemerlangan dalam subjek ini. Keputusan peperiksaan PMR untuk Bahasa Tamil juga mendapat 100% kejayaan. Pihak sekolah sememangnya memandang tinggi terhadap usaha yang telah dilakukan oleh Panitia Bahasa Tamil. Oleh itu pada tahun 2014 pihak pentadbir mengambil keputusan untuk mengadakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil di dalam kelas dengan mengambil kira faktor di atas. Kami mengharapkan semua ibu bapa dapat memberi sokongan dan kepercayaan kepada sekolah bagi membentuk anak-anak untuk mendapat kecemerlangan dalam akademik.
     Pertemuan ini juga diisi dengan ceramah motivasi dari Pengetua cemerlang SMK Selandar iaitu En.Saiman a/l K.G Anthony. Dua orang ahli jawatankuasa PIBG iaitu En.Vaitilinggam dan En.Selvaraj turut serta dalam sesi ini. Namun kami agak terkilan kerana kehadiran ibu bapa dalam program ini tidak mencapai sasaran yang sepatutnya. Hanya 14 ibu bapa yang hadir dari 36 murid India tingkatan 4 dan 5. Kami mengharapkan pada masa akan datang program ini dapat dihadiri oleh ramai lagi ibu bapa supaya ibu bapa mendapat input-input terkini dalam pendidikan, seterusnya dapat membantu dan menyokong anak-anak dalam menuju kejayaan dalam akademik.

Pn.Norsiah Masdar guru Penolong Kanan Pentadbiran sedang memberi ucapan.

Ibu bapa yang mengikuti program.



En.Selvaraj , En.Vatilinggam dan En.A.Saimansedang mendengar ucapan



En.A.Saiman sedang memberi motivasi

Tuesday, January 28, 2014

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)

               Salah seorang bapa kepada murid sekolah ini iaitu En Visvanathan  orang yang rapat kepada Datuk Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi. En Visvanathan telah datang untuk berbincang dengan pengetua bagi membuat kertas kerja untuk program bersama MOSTI  (Ministry of Science Technology and Inovation)   untuk projek Hari Kokurikulum dan Inovasi. Program tersebut dijangkakan akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2014.
                Beberapa perkara telah dibincangkan dan beliau sedia akan menolong pihak sekolah untuk menerangkan kertas kerja tersebut dalam pertemuan beliau nanti bersama-sama dengan Datuk Abu Bakar. Selain itu 2 kertas kerja lain iaitu cadangan membuat tapak perhimpunan dan pembesaran surau juga akan diserahkan untuk tindakan selanjutnya.
                 Ini merupakan salah satu cara bagi menggerakkan ibu bapa membantu sekolah dalam pelbagai aspek. Harapan sekolah lebih ramai lagi ibu bapa akan terlibat bersama sekolah untuk kecemerlangan anak-anak di sekolah Dato' Dol Said.




Dari kiri, Tn.Hj Raihan (GPK Kokurikulum, En.Huzaimi Setiausaha Koku, En Visvanathan dan Pn.Pengetua