Wednesday, April 30, 2014

Tahniah kepada Pasukan Rumah Bentara !!!!!



Rumah Bentara telah muncul sebagai johan bagi larian merentas desa SMKDDS 2014

Berikut ialah keputusan keseluruhan:

Johan
Bentara

Naib Johan
Panglima 

Ke-tiga
Syahbandar 

Ke-empat
Bendahara

Ke-lima
Temenggung 

Ke-enam
Laksamana 
 
 
Puan Pengetua sedang menyampaikan Piala kepada wakil Rumah Panglima Naib Johan bagi Larian Merentas 2014.
 


Puan Norsiah GPK 1pula menyampaikan hadiah kepada pelajar yang mendapat tempat pertama hingga ke tempat tiga puluh bagi kategori L2.

Monday, April 28, 2014

HOS PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' DOL SAID


Pelancongan Koperasi Sekolah
                                      Koperasi SMK Dato' Dol Said Melaka Bhd
                                Selamat Datang, SMK Pokok Sena, Kepala Batas,
                                                                   Pulau Pinang
Tarikh: 
11 - 13 April 2014

Prihatin, Puan Norsiah Binti Masdar sanggup turun padang menyambut tetamu dari SMK Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Welcome, Selamat datang.......ucapan Puan Norsiah Binti Masdar pada para tamu.



Tamu diiringi ke Pintu Pagar Utama SMK Dato' Dol Said

Pesembahan Seni  Persilat Melayu daripada pelajar SMK Dato' Dol Said






Paluan Kompang dan iringan bunga manggar  menyambut kehadiran para tamu.









Pelajar berarak menuju ke Dewan Asrama SMK Dato' Dol Said

Pelajar SMK Pokok Sena, Kepala Batas tekun mendengar ucapan alu-aluan Puan Norsiah Binti Masdar GPK 1


Sesi Ice Breaking Hos dan Tamu


Memori Larian Merentas 2014 di SMKDDS


 Larian Merentas Desa
2014 di SMKDDS


Tarikh:
26 April 2014

Masa: 
7.40-12.30

Tempat:
Padang SMKDDS



Informasi :Acara merentas desa 

      Acara merentas desa adalah satu acara di mana individu dan pasukan berlari mengikut laluan melalui desa.  Pelari-pelari boleh bertanding secara individu atau dalam pasukan.Satu larian boleh mengandungi kedua-dua jenis pertandingan. 
    Laluan merentas desa hendaklah direka di kawasan terdedah atau di kawasan hutan kayu, jika boleh dilindungi dengan rumput, mempunyai halangan semulajadi agar boleh digunakan oleh pereka laluan untuk membina satu laluan perlumbaan yang menarik.Laluan yang digunakan hendaklah cukup luas dan bukan hanya untuk menempatkan  haluan tetapi juga segala kemudahan yang digunakan.
      untuk memastikan skor pasukan, selepas larian perlumbaan, kedudukan ahli-ahli setiap pasukan akan dikira dan dijumlahkan.Pasukan yang mendapat jumlah terbaik akan diistiharkan sebagai pemenang.Jikalau berlaku seri, pelari akhir dari pasukan yang mendahului pelari-pelari terakhir pasukan lain akan diberikan kedudukan yang lebih tinggi.
           Pihak IAAF telah bersetuju, jarak yang ditetapkan bagi acara merentas desa dalam kejohanan Berpasukan Merentas Desa Dunia ialah:

KATEGORI JARAK LARIAN:

1- LELAKI 12KM               LELAKI JUNIOR 8KM
2- PEREMPUAN 8KM        WANITA JUNIOR 6KM
  

Sebelum memulakan larian merentas desa pelajar-pelajar SMK Dato' Dol Said berkumpul mengikut kelas di Padang SMKDDS.



Guru sedang mengambil kehadiran pelajar.

En Yazed sedang memberi taklimat ringkas tentang peraturan-peraturan yang pelajar perlu mematuhi semasa larian merentas desa.
Pengetua Pn. Hjh.khalijah sedang memberi ucapan dan Pn Norsiah GPK 1  pula  dengan gayanya memerhatikan para pelajar.


Puan pengetua merasmikan Larian merentas desa 2014 dengan penuh bersemangat.





Para pelajar berlari dengan penuh bersemangat seiring dengan motto sekolah Hidup mesti berjuang. 

Guru sedang menunggu di setiap Check point.
Setiap rumah sukan menyediakan minuman kepada para pelajar masing-masing.



                                        Pelajar telah tiba di check point terakhir iaitu fasa penamat.


Pelajar sedang menyerahkan kad pelajar kepada guru yang bertugas.


Pelajar sedang berehat.................













Jom Membaca bersama 10 minit dilaksanakan dengan jayanya di SMKDDS.



Program Jom membaca bersama 10 minit dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 22 April 2014 yang bermula jam 10 pagi. Program ini berdurasi 10 minit ini adalah langkah besar-besaran perpustakaan awam negeri-negeri dalam memacu masyarakat ke arah minat membaca sekaligus menjadikan perpustakaan relevan dalam kehidupan masyarakat seharian. kempen membaca ini mengambil inspirasi dari konsep Earth hour dan pertama kali dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). SMKDDS turut melaksanakan program Jom Membaca Bersama 10 minit pada tarikh yang ditetapkan.Berikutnya adalah sedikit imbasan Program Membaca 10 Minit yang dilaksanakan di SMKDDS.








Pelajar  Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Dol Said tekun membaca
bagi menjayakan program ini. 



Pelajar  dan guru bersama-sama menjayakan Program “Jom Baca Bersama untuk 10 Minit”. Lokasi – Makmal Sains


Terbaik, kakitangan Pejabat Sekolah Menegah Dato’ Dol Said turut membaca bagi menjayakan” Program Jom Membaca Untuk 10 Minit”