Larian Merentas Desa
2014 di SMKDDS
Tarikh:
26 April 2014
Masa:
7.40-12.30
Tempat:
Padang SMKDDS
Informasi :Acara merentas desa
Acara merentas desa adalah satu acara di mana individu dan pasukan berlari mengikut laluan melalui desa. Pelari-pelari boleh bertanding secara individu atau dalam pasukan.Satu larian boleh mengandungi kedua-dua jenis pertandingan.
Laluan merentas desa hendaklah direka di kawasan terdedah atau di kawasan hutan kayu, jika boleh dilindungi dengan rumput, mempunyai halangan semulajadi agar boleh digunakan oleh pereka laluan untuk membina satu laluan perlumbaan yang menarik.Laluan yang digunakan hendaklah cukup luas dan bukan hanya untuk menempatkan haluan tetapi juga segala kemudahan yang digunakan.
untuk memastikan skor pasukan, selepas larian perlumbaan, kedudukan ahli-ahli setiap pasukan akan dikira dan dijumlahkan.Pasukan yang mendapat jumlah terbaik akan diistiharkan sebagai pemenang.Jikalau berlaku seri, pelari akhir dari pasukan yang mendahului pelari-pelari terakhir pasukan lain akan diberikan kedudukan yang lebih tinggi.
Pihak IAAF telah bersetuju, jarak yang ditetapkan bagi acara merentas desa dalam kejohanan Berpasukan Merentas Desa Dunia ialah:
KATEGORI JARAK LARIAN:
1- LELAKI 12KM LELAKI JUNIOR 8KM
2- PEREMPUAN 8KM WANITA JUNIOR 6KM
Sebelum memulakan larian merentas desa pelajar-pelajar SMK Dato' Dol Said berkumpul mengikut kelas di Padang SMKDDS.
Guru sedang mengambil kehadiran pelajar. |
En Yazed sedang memberi taklimat ringkas tentang peraturan-peraturan yang pelajar perlu mematuhi semasa larian merentas desa. |
Pengetua Pn. Hjh.khalijah sedang memberi ucapan dan Pn Norsiah GPK 1 pula dengan gayanya memerhatikan para pelajar. |
Puan pengetua merasmikan Larian merentas desa 2014 dengan penuh bersemangat. |
Para pelajar berlari dengan penuh bersemangat seiring dengan motto sekolah Hidup mesti berjuang. |
Setiap rumah sukan menyediakan minuman kepada para pelajar masing-masing. |
No comments:
Post a Comment