AGENDA MESYUARAT
|
AGENDA 1 :
UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG
|
BIL
|
PERKARA
|
TINDAKAN
|
1.1
|
Pengerusi mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dan
mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir. Seterusnya beliau
mengumumkan jumlah kehadiran termasuk guru seramai 400 orang
|
Setiausaha
|
1.2
|
Pengerusi berharap mendapat kerjasama ibu bapa dalam
usaha menjadikan PIBG sekolah ini yang terbaik berbanding tempat ke-2 dalam
daerah dan ke-3 seluruh Melaka tahun ini.
|
|
AGENDA 2 :
MEMBENTANG, MENCADANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT LALU
|
2.1
|
Minit mesyuarat lalu dibentangkan oleh Setiausaha
PIBG En. Mohd Rusli Bin Hj.Mohd Lasim
|
Setiausaha
|
2.2
|
Dicadang untuk disahkan oleh : Tn.Hj.Bujang Bin
Buyung
|
2.3
|
Disokong oleh : Puan Rosnah Bte Rosli
|
AGENDA 3 :
PERKARA BERBANGKIT
|
3.1
|
Berhubung perkara 4.9 (pinjaman peribadi) Pengerusi
menjelaskan bahawa perkara itu telah selesai dan pegawai itu telah
menjelaskannya.
|
|
AGENDA 4 :
MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN PIBG 2012
|
4.1
|
Dibentangkan oleh Setiausaha PIBG En.Mohd Rusli Bin
Hj Mohd Lasim
|
|
4.2
|
S/U meminta semua ahli merujuk laporan tahunan PIBG
dari m/s 15 – 20 dan juga meminta ahli membetulkan maklumat di m/s 15 iaitu
ditambah nama Tn Hj Mohd Raihan B. Ithnin. S/U juga mohon maaf kepada ahli
yang nama anak ahli yang menerima hadiah kecemerlangan tidak tercatat.Hal ini
disebabkan masalah teknikal
|
Setiausaha
|
AGENDA 5 :
MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KIRA-KIRA YANG BERAKHIR 31 DISEMBER
2012
|
5.1
|
Dibentangkan oleh Bendahari Pn.Hjh Norazizah Bt Mohd
Yusof
|
|
5.2
|
Bendahari meminta semua ahli merujuk laporan penyata
kira-kira pada muka surat 21 - 24
|
Bendahari
|
5.3
|
Pengerusi meminta ahli-ahli merujuk muka surat 25
mengenai perkara cadangan agihan perbelanjaan PIBG 2013
|
|
5.4
|
En. Abdullah
Bin Aziz bertanya tentang perbelanjaan RM 10,000
untuk mesyuarat agung PIBG kali ini
termasuk perbelanjaan makanan pelajar cemerlang.
Pengerusi menjelaskan hal itu termasuk dalam
perbelanjaan.
|
|
5.5
|
Pn. Halimah
Bt Ismail bertanya tentang rasional perbelanjaan
memasang alat pendingin hawa di dewan makan asrama dan dasar apa keputusan
itu diambil atau disebabkan aduan pelajar.
Pengetua menjelaskan bahawa perkara itu perlu
dilakukan kerana dewan itu digunakan untuk pelbagai program kecemerlangan dan
motivasi
|
|
5.6
|
Laporan penyata
kira-kira yang berakhir 31 Disember 2012 diterima
dengan sebulat suara
|
Bendahari
|
AGENDA 6 : Membentang,membahas
dan menerima usul
|
6.1
|
Pengerusi membentangkan usul daripada J/kuasa PIBG;
6.1.1 Agihan
perbelanjaan baki wang PIBG berjumlah RM 85 774.62 untuk: a.
Sebahagian kos pembelian van
RM 35 000
b. Membaikpulih tandas RM 15 000
c. Kos awal program kecemerlangan
RM 10 000
d. Perbelanjaan mesyuarat agung RM 10 000
e. Pemasangan alat pendingin hawa
di dewan makan asrama RM
15 000
6.1.2 Usul
Sumbangan PIBG 2013
Sumbangan
seorang pelajar melalui Tabung PIBG Sekolah 2013
|
Bil
|
SENARAI BAYARAN
|
JUMLAH BAYARAN
|
CATATAN
|
T.1
|
T.2
|
T.3
|
T.4
|
T.5
|
T.6
|
1
|
Sumb.PIBG satu keluarga
|
RM40
|
RM40
|
RM40
|
RM40
|
RM40
|
RM40
|
Aktiviti PIBG
|
2
|
Inisiatif ICT
|
RM 10
|
RM 10
|
RM 10
|
RM 10
|
RM 10
|
RM 10
|
Untuk semua pelajar
|
3
|
Kegiatan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
|
RM 6
|
RM 6
|
RM 6
|
RM 6
|
RM 6
|
RM 6
|
Untuk semua pelajar
|
4
|
Sumb.Kecemerlangan PIBG
PMR/SPM/STPM
|
|
|
RM50
|
|
RM
100
|
RM
100
|
Kecemerlangan
|
Usul
diluluskan sebulat suara
|
Pentadbir
Sekolah
|
6.2
|
Pengerusi menjelaskan tentang cadangan mengehadkan perhimpunan pagi 20
minit. Waktu perhimpunan sudah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
iaitu 40 minit
|
|
6.3
|
En. Selvaraj membangkitkan tentang keperluan mendapatkan guru Bahasa Tamil dan
kesudahannya.
Pengetua menjelaskan permohonan sudah dihantar
tetapi guru opsyen Bahasa Tamil tidak ramai,maka pihak sekolah mengadakan
kelas POL. Beliau juga menjelaskan komitmen guru baik tetapi yang menjadi
masalah ialah murid.Beliau juga ada minta kerjasama ibu bapa supaya datang
tetapi tidak hadir. Kalau hadir pun tidak mengakui apa yang diberitahu oleh
guru. Jika ada masalah pelajar India, pihak sekolah memanggil akan AJK
berbangsa India supaya dapat memahami masalah pelajar India.
|
AJK PIBG
|
6.4
|
En. Baharim
B.Samuri ingin ‘respons’ terhadap ucapan pembukaan YDP yang ingin PIBG sekolah
menjadi PIBG terbaik negeri.Beliau
mencadangkan perbincangan secara mikro antara guru dan ibu bapa bagi setiap
kelas.PIBG perlu ada strategi untuk
menjalinkan hubungan/dialog dengan komuniti untuk sama-sama merancang
aktiviti dan kewangan. Dengan cara demikan minat dan kecenderungan
murid-murid dapat diketahui dengan lebih mendalam.
Pengerusi : Cadangan beliau baik dan disambut oleh
pihak sekolah.
|
Bendahari
|
6.5
|
Pn.Halimah
Bt.Ismail membangkitkan waktu kokurikulum anaknya
yang berbeza-beza hingga menyusahkan pengurusan menghantar dan mengambil
anak-anaknya. Beliau mencadangkan 1 keluarga 1 rumah sukan.
Tn Hj.Mohd Raihan B.Ithnin (GPK Koku) menjelaskan
ibu bapa boleh datang ke sekolah berbincang dengan pentadbir tentang perkara
itu. Berkenaan dengan waktu sukan, hari
Khamis adalah untuk latihan pasukan sekolah
|
Pentadbir sekolah
|
6.6
|
Tn.Hj. Sehat
B. Leman mencadangkan pihak sekolah mengadakan
kursus-kursus keusahawanan, pertanian atau membuat makanan kepada lepasan
sekolah kerana mereka buntu dan tidak tahu arah.
Pengetua: Pihak sekolah telah mendedahkan pelajar
selepas PMR dengan Kolej komuniti dan kolej-kolej lain. Sememangnya pihak
koperasi sekolah telah mengadakan projek keusahawanan saban tahun kecuali
2012
|
Pentadbir Sekolah
|
6.7
|
Pn. Rozita
Bt. Md Zain ingin memberi sedikit sumbangan iaitu
mengadakan kelas percuma dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar mempelajari
tata rias dan penampilan ( personality development)
Pengerusi mengalu-alukan cadangan dan sumbangan
beliau
|
PIBG/sekolah
|
6.8
|
En.Ahmad
Farhan mencadangkan supaya pencapaian kokurikulum
terutama permainan bola sepak dan hoki
perlu diberi fokus agar seimbang dengan pencapaian akademik sekolah ini yang
sudah cemerlang.
Tn.Hj. Mohd Raihan meminta ahli merujuk kepada
laporan pencapaian kokurikulum. Pencapaian adalah mengikut prestasi semasa.
Guru-guru telah melakukan yang terbaik untuk pencapaian kokurikulum.
|
GPK Kokurikulum
|
6.9
|
En.Abdullah
Bin Aziz :bertanya tentang penilaian selepas tamatnya
PMR. Beliau ingin tahu bentuk penilaian seterusnya yang digunakan
Pengetua menjelaskan PBS digunakan dan penilaiannya secara berterusan.Penilaian
ibu bapa dan komuniti luar juga diambilkira. Pelajar T.2 akan menduduki
pentaksiran berpusat jangka pendek ( 2 minggu ) dan pentaksiran berpusat
jangka panjang ( 3 bulan )
|
Pentadbir sekolah
|
6.10
|
En.Mohd Rafi
B. Bachik mengucapkan tahniah kepada pengetua
kerana lantikan pengetua cemerlang dan YDP yang telah menjawat jawatan ini
selama 13 tahun. Beliau mencadangkan supaya Timbalan Perdana Menteri dijemput
untuk mana-mana aktiviti sekolah bagi mendapatkan peruntukan. Beliau juga
mencadangkan supaya pihak sekolah memohon kepada kerajaan negeri untuk
mendapatkan bas ( Panorama) yang tidak digunakan tetapi masih dalam keadaan
baik secara percuma.
Pengerusi : beliau menjelaskan kerajaan negeri telah
banyak membantu sekolah ini.
|
|
AGENDA 7 :
Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2013/2014
|
|
7.1
|
Pelantikan Yang Dipertua
Cadangan : Tn.Hj. Sehat B.Leman : Tn.Hj.Dr.Ihsan Bin
Osman
Sokongan : En. Rosli Bin Hassan
Diterima sebulat suara
|
Setiausaha
|
7.2
|
Pelantikan
Naib Yang Dipertua
Cadangan : Tn Hj Mohd Raihan : Tn.Hj. Sehat B.Leman
Sokongan : Pn.Hayati Bt Ismail
Cadangan ke-2 : En. Rosli B.Hassan : En. Baharim
B.Samuri
Sokongan : Pn. Latifah Bt. Ismail
Keputusan : Tn.Hj. Sehat B.Leman 63 undi
: En. Baharim B.Samuri 80 undi
|
|
7.3
|
Pelantikan
AJK
Pn.Hjh Fatimah bt Mohd Yusof mencadangkan AJK lama
dikekalkan kecuali yang tidak hadir. Maka itu, 4 orang AJK baru dilantik
manakala 6 orang AJK lama dikekalkan. AJK baru itu ialah:
a. Tn.Hj. Sehat Bin Leman
b. En. Rosli Bin Hassan
c. En. Selvaraj a/l Arumugam
b. Pn. Rozita Bte Md Zain
|
Setiausaha
|
AGENDA 8 : Pelantikan Dua Juruaudit Dalaman
|
8.1
|
Pn Hjh Fatimah Bt Mohd Yusof dilantik menjadi
juruaudit dengan sokongan sebulat suara. Juruaudit yang lama dikekalkan (
kalangan guru)
|
Setiausaha
|
AGENDA 9 : Ucapan penangguhan
|
9.1
|
En.
Vaithilingam Pillai : meminta jika ada program
yang dijalankan di sekolah, ibu bapa hendaklah hadir sama sebagai tanda
sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah
|
|
9.2
|
Pn Hjh
Fatimah Bt Mohd Yusof : meminta semua pihak agar
kecemerlangan sahsiah dan akhlak anak-anak perlulah seiring dengan
kecemerlangan akademik dan meminta ibu bapa memantau anak-anak serta membantu
pendidikan anak-anak di rumah.
|
|
9.3
|
Pn. Sahariah
Bt. Othman menjelaskan segala cadangan/isu tidak
akan dapat dijalankan jika PIBG dan sekolah tidak merancang strategi dengan
mantap. Beliau juga meminta pihak sekolah merancang satu strategi yang mantap
agar apa yang dicadang dan diusulkan dapat dilaksanakan untuk jangka masa
yang panjang, bukan untuk setahun dua sahaja.
|
|
9.4
|
Pengetua
berharap pada masa akan datang lebih ramai lagi
ibu bapa hadir bukan sahaja dalam mesyuarat agung malah dalam program-program
sekolah lain. Pihak sekolah akan menyediakan buku untuk kehadiran ibu bapa
dalam program sekolah. Beliau juga berharap agar segala yang dirancang dapat dicapai dengan kerjasama
semua ibu bapa.
|
|
9.5
|
Pengerusi menjelaskan berdasarkan sarana sekolah,
ibu bapa boleh hadir untuk memberi bantuan kepada pihak sekolah atau apa-apa
sumbangan yang lain. Beliau juga menjelaskan berdasarkan indeks NKRA,
mesyuarat kali ini berada pada tahap yang tinggi dan dipenuhi dengan ilmu
yang berguna. Beliau juga berpendapat mesyuarat kali berjalan dengan jaya dan
cemerlang.
Mesyuarat ditangguh jam 12.10 petang
|
Setiausaha
|
|
|
|
|
|